Perasmian Mesyuarat Agung Persatuan Kakitangan Politeknik Muadzam Shah bagi Tahun 2017 telah disempurnakan oleh Tuan Pengarah Politeknik Muadzam Shah dan turut hadir bersama pada majlis tersebut ialah Timbalan Pengarah Akademik dan Timbalan Pengarah Sokongan Akademik. Pemilihan kepimpinan yang baharu juga dibuat pada mesyuarat kali ini. Tahniah kepada yang terpilih.
Friday, May 26, 2017
Tuesday, May 23, 2017
PMS 5 BINTANG
TAHNIAH kepada Politeknik Muadzam Shah atas kejayaan memperolehi Tahap 5 Bintang dalam Pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Politeknik 2016.
ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2017
Tahniah diucapkan buat semua penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bagi tahun 2017. Kesemua penerima anugerah terdiri dari warga KPT, warga Jabatan Pendidikan Politeknik, warga Politeknik dan warga Kolej Komuniti. Tahniah sekali lagi diucapkan kepada warga kerja PMS yang telah menerima APC bagi tahin ini.
Tuesday, May 2, 2017
Thursday, April 27, 2017
PROJEK BEG SEKOLAH
Menderma Sambil Beramal. Projek beg sekolah kepada pelajar yang memerlukannya, ikhlas dari kami :
Warga Politeknik Muadzam Shah
Tuesday, April 25, 2017
ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2014
Gambar Kenangan - Staf Politeknik Muadzam Shah yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi Tahun 2014. Tahniah diucapkan kepada mereka yang berjaya.
Friday, April 21, 2017
SUATU MASA DAHULU - KENANGAN RAYA PMS 2010
Mari saya kongsikan gambar kenangan Sambutan Hari Raya pada 2010 bersama Mantan Tn Pengarah Rosli Hamid yang bertempat di Sekolah Menengah Teknik Muadzam Shah. Terima kasih kepada En Yazidy kerana masih menyimpan khazanah lama untuk dijadikan kenangan.
Monday, April 17, 2017
AUDIT KEWANGAN KPT
Gambar kenangan AMP bersama staf Bahagian Kewangan, PMS. Tahniah diucapkan kepada semua staf kewangan kerana berjaya menunjukkan kecemerlangan kewangan untuk Politeknik Muadzam Shah kepada pasukan Audit KPT.
Tuesday, April 11, 2017
Tuesday, April 4, 2017
POLITEKNIK MUADZAM SHAH
Politeknik Muadzam Shah atau lebih dikenali sebagai PMS adalah Politeknik yang ditubuhkan pada pada 1 Ogos 2003 di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia sebelum ianya diletakkan di bawah pengurusan Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia. Peranan utama PMS ialah untuk menyediakan tenaga pekerja separa profesional dalam bidang Teknologi Maklumat & Komunikasi, Perdagangan, Kejuruteraan Mekanikal, Rekabentuk & Komunikasi Visual dan juga bidang Pelancongan & Hospitaliti yang ditawarkan diperingkat diploma kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia, Sijil Pelajaran Malaysia (Vokasional), Kolej Komuniti, Sijil Politeknik, Sijil Matrikulasi dan lain-lain lagi.
Dengan keluasan kampus seluas 100 ekar, PMS mampu untuk menampung sehingga kapasiti seramai 5,000 orang pelajar dalam satu-satu masa. Sehingga tahun 2017 pelajar PMS berjumlah hampir 3,000 orang yang mengikuti pelbagai program di dalam bidang masing-masing yang ditawarkan di politeknik ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)