Thursday, April 27, 2017

Friday, April 21, 2017

SUATU MASA DAHULU - KENANGAN RAYA PMS 2010



Mari saya kongsikan gambar kenangan Sambutan Hari Raya pada 2010 bersama Mantan Tn Pengarah Rosli Hamid yang bertempat di Sekolah Menengah Teknik Muadzam Shah. Terima kasih kepada En Yazidy kerana masih menyimpan khazanah lama untuk dijadikan kenangan.



Monday, April 17, 2017

AUDIT KEWANGAN KPT

Gambar kenangan AMP bersama staf Bahagian Kewangan, PMS. Tahniah diucapkan kepada semua staf kewangan kerana berjaya menunjukkan kecemerlangan kewangan untuk Politeknik Muadzam Shah kepada pasukan Audit KPT.

Tuesday, April 4, 2017

POLITEKNIK MUADZAM SHAH



Politeknik Muadzam Shah atau lebih dikenali sebagai PMS adalah Politeknik yang ditubuhkan pada pada 1 Ogos 2003 di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia sebelum ianya diletakkan di bawah pengurusan Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia. Peranan utama PMS ialah untuk menyediakan tenaga pekerja separa profesional dalam bidang Teknologi Maklumat & Komunikasi, Perdagangan, Kejuruteraan Mekanikal, Rekabentuk & Komunikasi Visual dan juga bidang Pelancongan & Hospitaliti yang ditawarkan diperingkat diploma kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia, Sijil Pelajaran Malaysia (Vokasional), Kolej Komuniti, Sijil Politeknik, Sijil Matrikulasi dan lain-lain lagi.


Dengan keluasan kampus seluas 100 ekar, PMS mampu untuk menampung sehingga kapasiti seramai 5,000 orang pelajar dalam satu-satu masa. Sehingga tahun 2017 pelajar PMS berjumlah hampir 3,000 orang yang mengikuti pelbagai program di dalam bidang masing-masing yang ditawarkan di politeknik ini.